Panduan Yelp untuk meraih kejayaan
Mendahulukan pelanggan
Berikan pengalaman terbaik
Yelp diwujudkan untuk memaparkan pengalaman sebenar pelanggan dengan perniagaan tempatan — dan kebanyakan pengulas merasa berpuas hati. Para Yelper lebih kerap menuliskan ulasan yang positif berbanding ulasan yang berbentuk kritikan; kebanyakan ulasan memberikan empat atau lima bintang.
Berinteraksi dengan pelanggan anda
Ulasan yang berbentuk kritikan boleh memberikan peluang kepada anda untuk membina semangat muhibah serta keyakinan dengan para pelanggan anda. Tunjukkan kepada pelanggan bahawa anda prihatin dengan cara mendengar kritikan mereka dan secara konstruktif memberi respon kepada ulasan di Yelp.
Jangan ganggu aliran semulajadi ulasan.
- 1 Jangan tuliskan ulasan untuk perniagaan anda sendiri atau perniagaan pesaing anda — Garis panduan kandungan kami melarang tindakan ini.
- 2 Jangan tawarkan barangan percuma, diskaun, atau bayaran sebagai pertukaran untuk mendapatkan ulasan.
- 3 Jangan berurusan dengan sebarang syarikat atau vendor pihak ke-3 yang menawarkan khidmat untuk “membaiki ulasan anda.”
- 4 Jangan minta sesiapa untuk menuliskan ulasan bagi perniagaan anda, termasuklah rakan-rakan, ahli keluarga dan para pelanggan.
- 5 Jangan memberi tekanan (atau memberi bayaran atau menyaman) orang untuk menukar atau memadamkan ulasan yang berbentuk kritikan.
Kualiti kandungan merupakan teras komuniti Yelp.
Kami amat menghargai kandungan yang berkualiti dan bukannya kuantiti kandungan yang tidak begitu membantu, dan kami tidak akan menyarankan setiap ulasan yang telah diterima. Berikut adalah beberapa langkah yang kami ambil untuk menonjolkan ulasan yang boleh dipercayai serta membantu di Yelp.
Gunakan alatan percuma berikut untuk memanfaatkan Yelp sepenuhnya.
Tuntut perniagaan anda di Yelp
Dapatkan lambang tanda semak untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa anda terlibat dengan warga komuniti Yelp. Kemudian tambahkan foto-foto yang menarik dan ceritakan tentang kisah perniagaan anda. Sila tonton video tutorial
Jawab ulasan
Tangani kebimbangan secara konstruktif apabila anda melihatnya. Kajian kami menunjukkan bahawa respon yang betul terhadap ulasan yang berbentuk kritikan boleh menambahbaik pendapat pelanggan ke atas pengalaman keseluruhan.
Tukarkan pengunjung menjadi pelanggan
Dayakan ciri Minta Sebut Harga, Tawaran Check-In, atau Tawaran Yelp untuk berhubung dengan bakal pelanggan dan mengembangkan perniagaan anda.
Mudahkan pelanggan untuk mencari anda
Sahkan alamat anda, pin peta, nombor telefon dan pautan laman web anda. Sila pastikan bahawa perniagaan anda tersenarai dalam kategori yang sesuai.
Pamerkan penjenamaan Yelp yang telah diluluskan
Minta papan tanda kecil Yelp percuma, pamerkan pelekat People Love Us On Yelp pada tingkap kedai jika anda telah menerimanya, dan benamkan ulasan kegemaran anda di laman web dan media sosial perniagaan anda.
Laporkan kandungan salah laku
Tandakan ulasan yang anda yakini telah menyalahi Garis Panduan Kandungan Yelp, dan pasukan kami akan menyemaknya.