Soalan Umum
Salah satu ulasan untuk perniagaan saya yang hilang. Apa yang berlaku?
Terdapat tiga kemungkinan:
- Orang yang menulis ulasan ini mungkin telah mengeluarkannya. Ini tidak berlaku sering sangat, tetapi anda biasanya akan melihatnya ketika seseorang menutup akaun Yelp mereka.
- Ulasan itu mungkin telah dipadamkan oleh pasukan Operasi Pengguna kami. Ini hanya berlaku jika ulasan itu melanggar Garis Panduan Kandungan kami atau jika pengulas tersebut melanggar Syarat Perkhidmatan kami.
- Ulasan ini tidak disyorkan oleh perisian pengesyoran automatik Yelp. Ulasan ini masih boleh diakses oleh pengguna di laman perniagaan anda pada bahagian bawah ulasan yang disyorkan, tetapi ia tidak dikira ke dalam kiraan ulasan anda atau penilaian bintang keseluruhan. Ini merupakan ciri rutin bagi perisian automatik kami dan mempengaruhi setiap perniagaan yang tersenarai di laman ini. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai proses tersebut di bawah.
Mengapa Yelp mengesyorkan beberapa ulasan tetapi bukan yang lain?
Kami memperolehi jutaan ulasan daripada pengguna kami dan kami cuba untuk memaparkan ulasan yang paling terbaik menggambarkan pendapat komuniti Yelp. Baki ulasan yang lain boleh diakses dari pautan yang terdapat pada bahagian bawah laman profil setiap perniagaan, tetapi ia tidak difaktorkan ke dalam rating bintang keseluruhan atau bilangan ulasan perniagaan tersebut.
Pendekatan ini amat berbeza daripada lain-lain laman web yang lebih cenderung untuk memaparkan ulasan negatif dan positif dari semua pengguna. Kami berusaha gigih untuk memupuk komuniti pengguna yang secara aktif menyumbang bahan kandungan yang boleh dipercayai dan membantu.
Bagaimana Yelp memastikan ulasan yang mana disyorkan?
Kami gunakan perisian automatik yang dibina oleh jurutera kami untuk mengesyorkan ulasan dari komuniti Yelp. Perisian ini meneliti puluhan isyarat yang berbeza, termasuk pelbagai langkah kualiti, kebolehpercayaan, dan aktiviti di Yelp. Yang paling penting, walau bagaimanapun, ia mencari orang bersemangat untuk kongsikan pelbagai jenis pengalaman serta secara terperinci yang mereka lalui setiap hari dengan perniagaan tempatan. Secara purata, perisian kami syorkan lebih kurang tiga perempat daripada ulasan yang dikemukakan ke laman.
Mengapa sesuatu ulasan tidak direkomendasikan?
Terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu ulasan tidak disyorkan. Sebagai contohnya, ulasan mungkin dipaparkan oleh orang baru, atau kelihatan seperti ulasan yang tidak berfaedah atau berasas. Sesetengah ulasan adalah palsu (seperti yang ditulis dari komputer yang sama) dan sesetengah cadangan adalah berat sebelah (seperti yang ditulis oleh rakan pemilik perniagaan), tetapi kebanyakannya adalah ulasan sebenar dari pelanggan sebenar yang kita tidak kenali dan oleh itu kami tidak boleh syorkannya.
Adakah pengiklan di Yelp menerima layanan yang istimewa?
Tidak. Perisian saranan kami melayan pengiklan dan bukan-pengiklan dengan cara yang benar-benar sama. Anda akan menemui ramai pengiklan Yelp dengan ulasan negatif, dan ramai bukan pengiklan dengan penilaian lima bintang di seluruh laman.
Tambahan pula, tiada kaitan antara waktu ulasan disyorkan dan ketika perniagaan memutuskan untuk - atau enggan - gunakan iklan: ulasan boleh disyorkan atau tidak disyorkan selama berhari-hari, berminggu-minggu, atau berbulan-bulan selepas ia mula dipaparkan, dan wakil jualan Yelp anda yang mesra tidak mempunyai pengaruh ke atas bila ia mungkin berlaku.
Pendek kata, tiada hubungan antara ulasan dan apa-apa yang berkaitan dengan Iklan Yelp atau proses Jualan Iklan Yelp. Tamat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika seseorang menulis ulasan negatif tentang perniagaan saya?
Anda tidak boleh membuat 100% orangramai 100% gembira pada kebanyakan masa, biarpun seberapa banyak anda cuba. Ulasan negatif adalah malang - tetapi normal - sebahagian daripada menjalankan perniagaan. Kami mendapatnya juga.
Apakah yang penting untuk melihat corak dalam ulasan anda (contoh, orang menginap menyebut bahawa roti adalah basi atau bahawa pekerja tertentu adalah kurang ajar , anda tidak perlu membaca terlalu banyak kedalam mana-mana satu ulasan. Kebanyakan pengguna Yelp mencari kata sepakat dikalangan semua ulasan yang mereka baca dan bukannya menerima injil mana-mana satu ulasan, jadi anda perlu melakukan perkara yang sama.
Sudah semestinya anda selalu boleh menghubungi pengulas atau menyiarkan respons awam, akan tetapi ingat bahawa respons kepada kritikan dengan kritikan anda sendiri akan selalu membahayakan perniagaan anda.
Apakah yang perlu saya lakukan jika seseorang menulis ulasan tentang perniagaan saya yang tidak benar?
Kami tidak akan mengadili sebarang pertikaian, oleh itu cara yang terbaik untuk anda ialah dengan menghubungi pengulas berkenaan atau menyiarkan satu jawapan umum untuk menyelesaikan sebarang isu salah faham. Jika secara jelas ulasan tersebut menyalahi Garis Panduan Kandungan kami (misalnya, pengulas mengakui bahawa beliau menuliskan pengalaman kedua dan bukan diri sendiri atau ulasan berbentuk cacian atau perkauman), anda boleh tandakan ulasan tersebut untuk perhatian pihak kami.
Patutkah kami menanya pelanggan kami menulis ulasan untuk saya dalam Yelp?
Tidak, anda tidak perlu meminta pelanggan anda untuk menghantar ulasan dalam Yelp.
Selalunya, kebanyakan perniagaan akan meminta pelanggan mereka yang gembira dengan perkhidmatan mereka untuk menuliskan ulasan, bukannya pelanggan yang tidak berpuas hati. Ulasan pilihan sendiri ini hanya menceritakan kisah daripada sebelah pihak sahaja, dan kami tidak rasa yang itu adil untuk para pengguna. Kami lebih suka mendengar dari ahli komuniti Yelp yang mahu menceritakan tentang pengalaman mereka tanpa galakan dari pemilik perniagaan tersebut.
Oleh yang demikian, anda tidak seharusnya terkejut jika perisian kami gagal mengesyorkan ulasan yang telah anda minta pelanggan anda tuliskan. Cara terbaik untuk mendapatkan ulasan yang berkualiti dan tidak berat sebelah tentang perniagaan anda ialah dengan memberikan pengalaman pelanggan yang menakjubkan serta tidak dapat dilupakan – ianya tidak berkenaan dengan permintaan anda kepada pelanggan untuk memberikan ulasan di Yelp.
Yelp seolah-olah seperti sebuah tempat bagi orang-orang untuk melepaskan perasaan tentang pengalaman buruk mereka. Bukankah semua ulasan-ulasan negatif?
Mengapa banyak ulasan positif bagi perniagaan saya tidak disyorkan?
Berikut adalah beberapa penjelasan yang mungkin:
- Beberapa ulasan ini mungkin telah ditulis oleh orang yang kita tidak tahu banyak tentangnya, jadi mereka tidak susun tinggi dalam perisian cadangan automatik kami. Ini adalah normal sepenuhnya, dan ia memberi kesan kepada semua perniagaan dilaman web ini dan semua jenis ulasan, sama ada positif atau negatif.
- Sesetengah daripada ulasan ini mungkin sepadan dengan corak yang berbeza daripada yang biasa kita lihat. Perisian automatik kami telah dilatih untuk mengesan anomali ini dan walaupun terdapat penjelasan yang baik, perisian ini kadangkala melakukan kesilapan atas dasar waspada.
- Pengguna kami menulis lebih ulasan positif, jadi anda boleh melihat kadar rekomendasi lebih tinggi..atau tidak!
Mengapa ulasan berbeza direkomendasi dalam hari berbeza?
Perisian cadangan kami dijalankan setiap hari, jadi hasilnya juga boleh berubah setiap hari. Kadangkala anda akan melihat situasi di mana sesuatu ulasan disyorkan atau tidak disyorkan selepas beberapa hari, beberapa minggu, malah beberapa bulan selepas ia mula dipaparkan. Sebagai contoh, perisian cadangan kami mendapatkan maklumat baru yang menjadikan pengulas kelihatan lebih diyakini daripada sebelumnya. Begitu juga sebaliknya. Kadangkala, maklumat yang kami ada berkenaan pengulas telah lapuk atau tidak lengkap, jadi perisian kami turut mengambil kira akan keadaan tersebut.
Perkara pentingnya ialah perisian saranan kami secara rutin menghasilkan keputusan yang berbeza pada hari yang berlainan berdasarkan kepada maklumat yang disuapkan kepadanya.
Bagaimana maklumat perniagaan sata berada dalam Yelp?
Kami perolehi maklumat perniagaan asas dari penyedia data pihak ketiga yang mengumpulkan maklumat jenis ini daripada rekod awam dan lain-lain sumber. Kami juga memperolehi maklumat perniagaan daripada pengguna kami, yang sudi membantu untuk membetulkan maklumat yang kami miliki, atau memaklumkan kepada kami tentang tempat-tempat yang baharu dibuka berhampiran mereka. Sila maklumkan kami jika maklumat ini telah lapuk!
Bolehkah saya mempunyai maklumat penyenaraian perniagaan saya dikeluarkan dari Yelp?
Pengguna berhak bercakap tentang apa yang mereka suka (dan tidak suka) tentang makanan yang mereka makan, tukang paip yang mereka upah, atau kedai mencuci kereta yang mereka kunjungi. Kami tidak singkirkan senarai perniagaan, jadi cara yang terbaik untuk anda ialah dengan berinteraksi dengan peminat dan pengkritik anda, dan dengar apa yang mereka ingin katakan.
Adakah Yelp akan menghapuskan atau menyusun semula ulasan buruk jika sesuatu perniagaan membayar untuk pengiklanan?
Tidak. Anda tidak boleh bayar kami untuk singkirkan atau susun semula ulasan yang negatif tentang anda — ianya semudah itu. Perlu kami nyatakan beberapa ciri semak dan imbangi yang kami terapkan dalam sistem kami: antaranya, pasukan jualan kami tiada hak pentadbiran yang membolehkan mereka singkirkan ulasan negatif untuk mana-mana pengiklan; serta, mereka yang berhak menyingkirkan ulasan negatif tiada berkaitan dengan jualan dan tidak memperolehi pendapatan berdasarkan prestasi jualan.
Bolehkah syarikat pengurusan reputasi membantu saya dengan reputasi saya pada Yelp?
Terdapat banyak syarikat "pengurusan reputasi" yang mendakwa bahawa mereka bekerjasama dengan Yelp untuk menyingkirkan ulasan negatif ataupun meningkatkan tahap rating anda... dengan mengenakan bayaran (sudah tentulah!). Jika anda tertanya-tanya bagaimana syarikat-syarikat ini boleh mengotakan janji mereka, jawapannya amat mudah: Mereka tidak boleh. Tiada sebarang jumlah wang yang boleh sesiapa bayar — kepada Yelp atau mana-mana pihak ketiga — untuk memanipulasikan ulasan.
Jika anda telah dihubungi oleh seseorang menawarkan sesuatu, kami ingin dapatkan maklumat supaya kami boleh menghalang mereka daripada mengacau orang lain. Sila hubungi kami untuk menghantar kami lebih maklumat.
Akhirnya, seperti yang kami telah berkata pada masa lalu, strategi terbaik bagi pengurusan reputasi adalah untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang hebat, dan respon secara diplomatik kepada pengulas anda.
Adakah Yelp membenarkan pengiklan berbayar untuk bergerak ulasan buruk ke bahagian bawah halaman mereka?
Tidak sama sekali. Susunan ulasan tidak boleh dimanipulasi dan ia ditentukan oleh ciri Yelp Sort, metodologi kedudukan lalai kami yang menyiarkan ulasan paling membantu kepada pengguna. Sebagai contoh, siaran ulasan pertama bagi perniagaan itu akan melambangkan penilaian bintang purata perniagaan tersebut. Metodologi ini dikenakan kepada semua perniagaan, sama ada ia ditaja ataupun tidak.
Dimanakah Yelp mendapatkan maklumat "atribut perniagaan" (contohnya, sebagaimana mahal adalah perniagaan, sama ada ia baik untuk anak-ana , dan cadangan pakaian)?
Ciri-ciri subjektif yang diundi oleh pengguna yang telah mengulas perniagaan. Mereka boleh berubah mengikut masa kerana lebih ramai orang mengulas perniagaan dan mengundi. Sifat-sifat yang lebih objektif yang kami menunjukkan dalam penyenaraian perniagaan (sama ada perniagaan yang menerima kad kredit atau akses kerusi roda) boleh ditetapkan oleh pemilik perniagaan jika mereka telah mendaftarkan diri untuk Akaun Perniagaan percuma.
Bagaimana saya boleh mendapat pelekat "Orangramai Sayang Kami dalam Yelp"?
"People Love Us on Yelp" ialah satu program yang menyediakan pelekat dan surat saranan daripada pengasas Yelp kepada para peniaga yang layak berdasarkan kepada sejarah dan penilaian tentang mereka di Yelp. Pelekat itu dihantarkan dua kali setahun kepada semua perniagaan yang layak. Sama ada atau tidak sesuatu perniagaan itu mengiklankan perniagaan mereka di Yelp tidak mempengaruhi kelayakan mereka untuk menerima pelekat "People Love Us on Yelp".
Saya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang - apakah hak-hak saya?
Semua orang tidak sukakan ulasan yang negatif, dan ianya lebih teruk lagi jika anda rasakan yang ianya mencabul hak perundangan anda. Tetapi peguam yang baik akan memberitahu anda perkara yang benar: saman fitnah sememangnya mahal dan sukar untuk dimenangi. Lebih teruk lagi ianya menjadi tatapan umum. Kami boleh tunjukkan pelbagai contoh di mana tindakan undang-undang menjejaskan perniagaan dan tidak sedikitpun membantu. Tindakan undang-undang anda juga tidak akan pergi jauh dengan melibatkan Yelp ke dalam pertikaian itu memandangkan Yelp hanyalah sebuah forum di mana orang ramai boleh kongsikan pendapat mereka. (Undang-undang amat jelas dalam hal ini, tetapi anda boleh minta pandangan peguam tempatan berhampiran untuk mengesahkannya.) Mungkin terdapat kes-kes yang jarang berlaku di mana ianya wajar untuk mengambil tindakan undang-undang, tetapi dalam kebanyakan kes, anda tidak akan mendapat sebarang hasil yang anda ingini dengan menyaman seseorang yang memberikan anda ulasan yang buruk.